Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Taman_Paramount

Lokasi

Stesen ini terletak di Taman Paramount, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah kawasan perumahan Seksyen 20, Seksyen 21, Seksyen 22 dan SS 1 Petaling Jaya. Juga terletak berhampiran adalah taman rekreasi Taman Aman, Masjid Kampung Tunku, pangsapuri Seri Aman dan Paramount View Condominium.

Pelan stesen

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
KJ Arah Timur Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Asia Jaya)
KJ Arah Barat Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Bahagia)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
GAras tanahMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 68 petak parkir kereta.[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T785 dan T790 berkhidmat di stesen ini.